Thursday, January 26, 2017

Resepi Spagetti Arrabiata



Bahan bahan :
400g Spagetti *dicelur dengan sedikit garam
5 ulas bawang putih
400g tomato dalam tin
2 biji cili merah *dihiris
3 sudu besar cili flakes
20 biji ceri tomato *dihiris
Segenggam daun sup/parsley *dihiris
5 sudu besar extra virgin olive oil
Garam secukup rasa
Udang atau ayam sebagai side dish *jika suka
Air secukupnya

Cara cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan masukkan tomato dalam tin. Masukkan pula cili flakes. Biarkan masak sebentar.
2. Kemudian masukkan pula ceri tomato dan cili merah. Sebatikan. Masukkan daun parsley, dan perasakan dengan garam.
3. Masukkan spageti dan gaul sebati. Tambah sedikit air jika perlu.
4. Hiaskan dengan udang yang telah direbus atau ayam yang telah dibakar. Sedia dihidangkan.

Saturday, January 21, 2017

Resepi Sup Ikan Tenggiri Dengan Cendawan



Bahan bahan:
2 keping ikan tenggiri
200g cendawan tiram *dicarik
1/2 biji karot *dipotong bulat
2 ulas bawang putih *dihiris
4 ulas bawang merah *dihiris
1 inci halia *dihiris
1/4 kiub ikan bilis
Daun bawang untuk hiasan
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara cara:
1. Tumis bahan bahan yang telah dihiris hingga naik bau. Masukkan sedikit air dan ikan tenggiri. Biarkan mendidih.
2. Kemudian masukkan cendawan tiram dan lobak merah. Sebatikan.
3. Perasakan dengan garam dan kiub ikan bilis.
4. Tutup api. Hiaskan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
 

Resepi Masak Lemak Sayur Pucuk Paku



Bahan bahan:
2 ikat pucuk paku *dibersihkan
1 batang serai *diketuk
1 ulas bawang putih *dikisar
4 ulas bawang merah *dikisar
5 biji cili padi *dikisar
2 keping asam keping
1 sudu besar serbuk kunyit
100ml santan pekat
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Cara cara :
1. Masukkan dalam periuk pucuk paku dan bahan bahan yang dikisar. Tambah sedikit air dan didihkan atas api sederhana kecil.
2. Masukkan asam keping dan serai. Didih hingga daun pucuk paku layu dan sebati.
3. Masukkan santan pekat dan serbuk kunyit. Kacau sebati. Perasakan dengan garam. Tutup api.
4. Sedia dihidangkan.
 

Friday, January 20, 2017

Resepi Mee Rebus ala Kelantan





Bahan bahan:
Sebungkus mee kuning *dibasuh
Setengah ekor ayam *dipotong kecil
Fishball/fishcake secukupnya
4 ulas bawang merah *dikisar
2 ulas bawang putih *dikisar
2 inci halia *dikisar
10 biji lada hitam *dikisar
2 biji tomato
Sawi secukupnya
Rempah menumis (bunga lawang, cengkih, pelaga, kayu manis)
Sup bunjut
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Sos cili, sos tomato dan serbuk lada sulah
Hirisan limau nipis dan cili merah *jika suka

Cara cara:
1. Panaskan minyak ke dlm periuk, tumis rempah menumis hingga naik bau. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Gaul sebati.
2. Masukkan sedikit air dan masukkan ayam. Bila air sudah mendidih, masukkan sup bunjut dan tambahkan air hingga tenggelam ayam. Masak ayam hingga hingga empuk.
3. Perasakan dengan garam dan masukkan fishball atau fishcake yang disukai. Masukkan mee kuning dan kacau sebati. Apabila mula mendidih, masukkan pula sayur sawi dan tomato. Sebatikan.
4. Tutup api dan bolehlah dihidangkan dengan sos cili, sos tomato, dan lada sulah. Hiaskan dengan limau nipis dan hirisan cili merah. Sedia untuk dinikmati.

Thursday, January 19, 2017

Resepi Ikan Tenggiri Goreng Halia



Bahan bahan:
4 ketul ikan tenggiri
2 ulas bawang putih *dimayam
4 ulas bawang merah *dimayam
1 biji cili merah *dihiris
5 biji cili kecil hijau *dihiris
4 inci halia muda *dihiris memanjang
Sedikit daun bawang untuk hiasan
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar kicap cair
Garam dan kunyit secukupnya
Air secukupnya

Cara cara:
1. Gaulkan ikan tenggiri dengan garam dan kunyit. Goreng garing dengan minyak yang banyak.
2. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan bahan yang telah dihiris dan dimayam tadi. Masukkan sos ikan dan kicap cair. Letakkan sedikit air. Jika suka berkuah boleh diletakkan air secukupnya.
3. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul sebati.
4. Masukkan ke dalam mangkuk/pinggan dan taburkan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
 

Tuesday, January 17, 2017

Resepi Singgang Ikan Haruan



Bahan bahan:
Ikan haruan atau apa-apa jenis ikan yg disukai
3 ulas bawang merah *dihiris
1 ulas bawang putih *dihiris
2 inci halia *dihiris
3 inci lengkuas *dihiris
1 inci kunyit *dihiris
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cili kecil, bendi untuk hiasan

Cara cara :
1. Masukkan ikan dan semua bahan bahan tersebut ke dalam periuk. Masak sehingga ikan lembut lebih kurang 20 minit. Masukkan bendi dan cili hijau jika suka.
2. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan dengan nasi panas.
 

Resepi Ikan Merah Stim Limau



Bahan bahan:
Ikan merah/siakap dibersihkan dan dikelar
1 kiub ikan bilis
4 ulas bawang putih *dicincang halus
5 biji cili kecil *dikisar
2 inci halia *dikisar
2 batang serai *diketuk
1 biji bawang holland *dicincang halus
2 biji limau nipis (diambil jusnya)
2 sudu besar sos ikan
2 biji cili merah, sedikit daun ketumbar, beberapa hirisan limau nipis untuk hiasan
Gula secukupnya
Air secukupnya

Cara cara:
1. Lumur ikan dengan kiub ikan bilis dan sedikit jus limau nipis. Masukkan serai ke dalam perut ikan.
2. Panaskan kukusan. Letak ikan ke dalam pinggan kukusan dan masukkan bawang putih, cili kecil, halia, baki jus limau dan sos ikan. Masukkan sedikit air. Perasakan dengan sedikit gula.
3. Kukus selama 20 minit atau sehingga ikan masak. Tutup api.
4. Masukkan ikan ke dalam pinggan hidangan, dan taburkan bawang holland, cili merah, daun ketumbar dan hirisan limau.
5. Sedia untuk dihidangkan panas bersama nasi.