Friday, August 11, 2017

Resepi Bihun Sup Utara

Bahan bahan
1kg tulang daging *direbus hingga empuk
5 ulas bawang putih *dikisar
10 ulas bawang merah *dikisar
2 inci halia *dikisar
Bunga lawang, kayu manis, biji pelaga dan cengkih
1 sudu serbuk ketumbar
Lada hitam secukupnya
Lada putih secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukup rasa
Air secukupnya
200g bihun *direndam dengan serbuk kunyit dan dicelur
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Bawang goreng
Lobak masin
Fishball atau fishcake *jika suka
Sambal merah pedas **

Cara cara:
1. Dalam sebuah periuk, tumis rempah2 bersama bawang putih, bawang merah dan halia. Setelah agak garing, masukkan air rebusan tulang dan tulang daging.
2. Masukkan pula air. Masukkan rempah2, serbuk ketumbar, lada hitam dan lada putih. Biarkan mendidih. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Untuk menghidang, masukkan bihun ke dalam mangkuk. Tuang kuah dan tulang daging ke dalam mangkuk. Hiaskan dengan daun sup dan daun bawang. Letak bawang goreng dan lobak masin. Enak dimakan bersama sambal merah pedas.
4. **Untuk membuat sambal pedas, blend cili merah, serbuk cili, dan cuka. Masak di atas api dan tuang sos tomato dan sos cili. Masak hingga pekat dan tutup api.

No comments:

Post a Comment